Banner 468 x 60px

 

SEJARAH PENUBUHAN

Kebaktian disebut dalam Al - Quran sebagai “ al Birr ” adalah satu amalan mulia lagi terpuji dan orang yang menjadi pengamalnya (al abrar) yang mempunyai kedudukan dan keistimewaan disisi Allah SWT. Atas dasar inilah terhasilnya cetusan dan gagasan kepada BBM untuk menterjemahkan maksud “Al Bin” itu dalam bentuk amalan dan tindakan secara jama’ei atau berorganisasi.

Sehubungan dengan itu, BBM beriltizam untuk  melahirkan kumpulan individu sebagai sukarelawan yang profesional untuk mengisi tuntutan fardhu kifayah dalam melaksana dan menjayakan agenda pembangunan sosial masyarakat melalui gerak kerja kebajikan, bantuan kemanusian dan kesukarelawanan demi kesejahteraan manusia sejagat.

BBM bermula dengan penubuhan Briged Bakti Malaysia Negeri Kelantan (BBMK) yang diasaskan pada 1991 bertempat di Kota Bharu. BBMK telah memulakan aktiviti awalnya di peringkat sekolah menengah di negeri Kelantan melalui penubuhan Briged Bakti Remaja ( BBR ) sekolah menengah.BBR dilancarkan oleh YB Tan Sri Hj. Muhyiddin B. Yassin (Menteri Belia Dan Sukan) pada 30 Julai 1997 di Kem Kijang PCB Kota Bharu.BBNK didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada tahun 1997 dengan Nombor Pendaftaran 148. BBM ditubuhkan pada 8 April 2009 dengan Nombor Pendaftaran 148 (melalui pindaan perlembagaan BBNK) pada 25 Disember 2008.

0 comments:

Post a Comment